March 29, 2011

Otaku? yes i am lol

pertamanya apa kebendaalahnya otaku?? ahaha otak bermaksud gila anime @ kartun@ mangga, jadi adakan anda seorang otaku?? hihihi.. ye saya memang seorg otaku lalala... sampai ke tua bangka nie pon aku still gak minat dgn komik, dari zaman kanak-kanak hinggalah ke jadi mak budak, dulu pernah berangan-rangan nak jadi kartunis terkenal yg akan berkarya di jepun, yg sememangnya terkenal dgn komiks, dan dunia animasi tapi malangnya bakat tak seberapa jadi hanya mampu jadi pencinta dan pengumpul komik ahaha jadi lah kan.. ;)




~harta karun aku~


antara komik kegemaran ialah sailormoon, midori, aku dan sesuatu, dan byk lagi, ini bukan hobi tapi minat, sama ke ke hobi dgn minat?? entah lah, huhuhu.. (mcm sama je) mcm mana pon aku banyak hilangkan stress dengan bahan bacaan begini, mungkin sebab aku nie seorg yg suka berfantasi kot.. kot? ye kot.. :P

org selalu berangggapan komik ini tak bawa faedah,tapi bagi pandangan aku, komik adalah hasil karya seseorang, mesti ada perkara yg ingin disampaikan, sama juga lah mcm movie, novel dan sebagainya.. dan di sampaikan dgn cara yg sangat kreatif, baca komik bagaikan terapi minda, dan komik adalah sebahagian dari hidup aku ahahaha (boleh ke mcm gitu) ianya hiburan dan setengahnya membawa mesej tertentu, jadi dgn tegasnya nak kata sikit komik is not cheap~!!.. (bgi sesiapa yg rasa begitu) cheap is like mangga magazine keh.. keh..keh.. balik2 tayang orang dok separa bogel dalam kolam renang, apa kes?? teeetttt~!

p/s: tak sesuai dengan usia aku?? tteeettttt~! ada aku kisah??;P

March 22, 2011

Marriage

yeahh cuti sekolah dah pon habis, cuti sekolah means banyak lah kenduri kendara nak attend kan?? ramailah ummat manusia memilih untuk mendirikan masjid dan melengkapkan sunnah Nabi kita yg satu nie,cuti panjang lah katakan senanglah sedara mara nk bertandang, huuu tip tap tup dah setahun dan sembilan bulan aku khawin huhuhu, still setahun jagung lagi eyh???

kebetulan sebab sekarang tgh musim aku amat lah tertarik memberi sedikit buah fikiran aku mengenai perkhawinan nie, aku tak tahu bagi org lain, tetapi bagi aku perkhawinan ini adalah penenang jiwa, pelengkap kehidupan, serius weiii.. dulu masa bercintan cintun jiwa mcm ada something wrong.. ada je benda nak digaduhkan,ada je benda tak kena, tetapi semenjak dah disatukan nie semuanya berubah jadi tenang damai, dan sepanjang jangka kita org bersama-sama meredah onak dan badai, tak pernahlah lagi bertekak besar2, atau brutal lagi gaduh baling2 pinggan atau seminggu merajuk balik kg mak, kalo ada pon rajuk-majuk manje2 je lah sambil menghentak-hentak kaki hahaha.. (bkn aku tau yg hentak2 kaki tu agaga) :P

ahaa.. sebab uatama aku type entri nie sebab aku ter flash back memories aku sebelum khawin, utk permudahkan cerita aku ulang tayang also wajib tayang balik dialog aku dgn seorg kawan, yg mungkin keliru pada erti sebenar sebuah perkhawinan, 

dialog berbunyi begini:  

kwn: Deja, hantaran ko berapa weii?? 

aku: hantaran ak 6k je kot,napa?? 

kwn: Hah? 6k murahnya, mak cik aku yg janda pon 5k tau, ko minta lah tinggi sikit, nanti takder lah bakal hubby ko ingt senang2 je nak dapat ko! 

aku: diam (tersenyum).

aku selalu tertanya-tanya, penting sangat kah wang hantaran tu? atau mungkin mentality orang kita susah nak diubah, yg disunatkan kan diharuskan sangat dan yg wajib dipandang ringan, hem.. bagi aku lah kan, tak tahu lah yg diluar sana, kita buat lah yg termampu jgn dibebani pihak yg ingin mendirikan masjid, aku ambik je prinsip mama tersyg, kalau pihak bakal suami mampu untuk bgi 20k, kita buatlah meriah majlisnya 20k, tapi kalau pihak bakal suami mampu bgi 1k, kita buat lah meriah majlisnya 1k, dan ye majlis ak berjalan dgn sederhana, majlis 6k je ahaha~! but still majlis 6k itu memberi seribu senyuman kepada aku hari nie.. memberi aku peluang jadi ibu paling riang gembira kepada baby amsyar raess, dpt pula hubby yg juga mcm baby ahaha (cute miut) serta tahu menjaga hati besar aku nie... apa lagi yg dimahukan??takkan mahu kan hantaran 10k dan seorg hubby yg biadap??

bukan hantaran, bkn harta, bkn emas berlian lah akan menjamin kebahgiaan, pokok pangkalnya kebahgiaan itu kita yg corakkan, kita yg ciptakan.. end~! :)

p/s: renung-renungkan dan selamat beramal.. peace~!



February 24, 2011

My 2 Heroes


Yeah ini dia my two heroes, tapi kalau nak cerita bab hero ni sebenarnya banyak je hero-hero dalam riwayat hidup aku nie huhuhu, jeng..jeng.. ha.. jgn salah faham meaning banyak tu , merujuk kepada org2 disekeliling yg mampu memberi inspirasi, Dad, Brothers, Friends, aka Hang Tuah & Jebat juga boleh dikatakan mereka semua pon hero kan?? hehehe.. but dlm picture ini adalah heroes paling memberi tujuan untuk aku nak jadi terbaik untuk mereka no matter what, Yaps mcm mana the two heroes ni mai masuk dalam kamus hidup aku sangat memberi inspirasi lagi-lagi yg si kecil comey tu, hadir dia sangat lah mengharu dan mengujakan,  i will do the best for u & be the greatest mom ever~! oyeh~! mummy yg tgh semangat abis nie lol, seriuslah kalau tahu perasaan menjadi seorang ibu begitu hebat macam sekarang rasanya 2,3 tahun lepas dah pon jadi ehehe.. dan nak jadi ibu kepada 3,4 org heroes dan juga heroin, Okey tak Hero Besar ??hihihi XP~..

Opss dan untuk Hero besar yg tak berapa nak besar tu THANK YOU FOR EVERYTHING.. walau hero kecik telah merampas tempat no 1 di hati ini, Syg tetap LOVE U AlWAYS B.. lets be the Best Heroes For Bam..Bam.. Amsyar Raees dan future babies to okey~!!  :)

January 18, 2011

the blessing part two

yeahhh... dah lama lah sesangat aku tak update blog nie.. terkubur dekat seabad gak lah ehehe.. bz..bz.. al-maklumlah baru dpt tittle Wife vs MUMMY nie ehehe..(konon2 mithali sgt smpai takde masa terluang) but yes it's true, masa mencemburui kita.. and yeah its already 2011 huh??!! cepat benar masa dtg mengejar kita ehehe, semput gak lah kejar masa sekarang.. tak mcm masa kita kecik2 dulu2..tak sabar2 nk becoming an grown up kan ehehe.. anyway welcome 2011..

and why the tittle is blessing part two?? ahaha sebab still dlm mood kesyukuran yg amat sgt dgn kehidupan sekarang.. simple but full of the LOVE.. what a blessing, i have found what have been missing in me miahaha.. (terharu sgt nie, Allah tak lupa hamba dia yg hina n daif nie! syukur2!!) first Thank's you Allah s.w.t for giving me the opportunity to find my way back.. form a bad blind experience and woke me up to believe in You and faith.. there are the up n down's in life, but we have to find our way back, just don't stop looking for it..  you will really find it.. and yaps once a upon a time i was in the dark side not really appreciating things going around me.. but bak tajuk lagu maher zain.. open your eyes, Insyaallah.. you will find your way (dah campur baur dah title song n lyric's =P) yeahh  and i found my way..~! cewah~! Alhamdullilah.. with two great heroes by my side Mr.Sideq and The Little bam2 Amsyar Raees.. Oyeh~! lengkap sudah aku rasa hidup ini.. I'll just pray may all this last till the END..! ~keep me in the Blessing Dear God~! :)

 

January 17, 2011

the blessing

suatu ketika aku masih dibelenggu kesamaran dicelahan cahaya terang dan gelap, namun syukur aku masih diberi peluang menikmati sebuah keinsafan utk mencari jalan pulang, dan yeahhh aku dh pulang weii!! bawa spotlight besar punya.. no more gelap2 for me.. owh dan aku berharap dan memohon moga aku tidak kehabisan bateri oyeh~! ;)
Tuhan rahmati lah hidup ku~! amin!!