October 19, 2011

kemanusiaan kian hilang

haishh lama juga tak update blog nie, boleh katakan terkubur juga la tempat coretan jiwa nie.. bz sangat atau masa berlalu dengan sangat pantas?? entah lah.. cuma  kali ni mesti nak all out juga perasaan yang bercampur baur kecewa, terkilan, sedih marah, binggung, hairan dgn isu2 semasa kebelakangan ni, tak tau lah org lain tapi semenjak dah jadi mommy org nie, jadi ya amat sensitif, dengan hanya membaca, melihat isu2 kanak2, baby2 yg teraniaya nie boleh menjadikan trauma di jiwa, yah kasih terhadap kanak makin meluap2, mereka2 ini dilahirkan kedunia dgn janji ibu2 nya akan mengasihi mereka sampai ke syurga.. jadi memang sayu sangat hati mengenang mereka-mereka ini yg dianiaya oleh org yg sepatutnya melindungi mereka.. haishhh mungkin ini dikatakan cabaran berada di akhir zaman dimana nilai kemanusiaan makin tipis, makin hilang kerana desakkan hidup, persekitaran, didikkan yg salah..

kes di china dimana kanak2 perampuan 3 tahun dilanggar dan dibiarkan nazak oleh 18 org yg lalu lalang betul2 menghantui hari-hari aku kini.. dan walau setengah org kata di negara sana org takut tlg kerna takut kena saman, atau tak berani kerna takut dipersalahkan atau apa jua lah itu bukan lah alasan untuk hilang sekumit  nilai kemanusiaan, arghhh masih tak mampu terima kenyataan..dan belum pun reda rasa trauma mengenang kanak2 malang tu ada lagi kes pembunuhan bayi dgn cara paling kejam mengelar perut baby !!! nauzubillah.. dan emaknya baru 16 tahun begitu berani utk berbuat demikian!! sekali lagi terkedu seketika... Ya Allah adakah ini yg dikatakan titian-tian ke akhir zaman??kezaliman berleluasa, keimanan makin hilang?? Ya Allah, sesungguhnya aku takut nak mengharunginya.. moga dibuka luas-luas pintu hidayah, moga ditetapkan iman supaya tidak menjadi org2 yg keji, moga Allah melindungi insan2 kecik tak berdaya ini.. amin..amin..amin..!

 
Dengar sini wahai anak kecil ku
selagi nyawa ku berhembus pulas
takkan padam kasih ku pada mu
dan hanya dengan merenung dalam2 anak mata mu
jiwa bagai ditiup nafas utk terus berjuang
mendidik mu menjadi pencinta Tuhan
sesungguhnya kamu amanat ibu di muka bumi ini
moga aku takkan gentar menunaikan amanat ku dari Tuhan
cinta kamu sampai mati



No comments:

Post a Comment